Israel bebaskan Imam Sheikh Ekrima Sabri, halau dari masjid Al-Aqsa

Israel bebaskan Imam Sheikh Ekrima Sabri, halau dari masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel pada Jumaat selepas ditahan selama beberapa jam dan diarahkan untuk meninggalkan masjid itu.

Peguamnya, Khaled Zabarka memberitahu Anadolu bahawa pihak berkuasa Israel membebaskan Sheikh Ekrima dan mengarahkan pengusirannya dari masjid sehingga 8 Ogos.

Pengusirannya berkemungkinan dilanjutkan selama enam bulan.

Sheikh Ekrima ditahan Israel pada awal Jumaat kerana berkabung dan memuji ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Hamas dan Iran menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan pemimpin Hamas itu pada Rabu, tetapi Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan keterlibatannya.

Saksi mendakwa polis Israel menyerbu rumah Imam itu di Baitulmaqdis Timur dan menahannya, lapor Agensi Anadolu.

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, beliau mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh.

“Penduduk Baitulmaqdis dan sekitarnya dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang diberkati berkabung atas syahidnya Ismail Haniyeh,” katanya dalam khutbah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Imam berusia 85 tahun itu pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

Sheikh Ekrima adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang berlanjutan selama beberapa dekad.

Beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *