BINTULU – Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di sini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut sekitar jam 12.57 tengah malam Sabtu.
“Sepasukan tiga anggota ambulans EMRS telah dikejarkan ke lokasi di Jeti Pelabuhan Bintulu, bersama-sama lima ambulans Hospital Bintulu,” katanya.
Tambah Hendery, tiga mangsa yang tiba dengan kapal didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan seorang cedera.
Setakat ini, identiti mangsa yang maut katanya, hanya dikenal pasti sebagai Muhamad Firdaus dan George.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252