Shamsul Anuar ketuai delegasi Malaysia ke pengebumian Ismail Haniyeh

Shamsul Anuar ketuai delegasi Malaysia ke pengebumian Ismail Haniyeh

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri pengebumian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, Shamsul Anuar diiringi Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Timbalan Menteri Dalam Negeri dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

“Jenazah Almarhum Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam di bandar Lusail,” katanya dipetik BHNews menerusi kenyataan, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut kenyataan itu, Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga, kepemimpinan dan rakyat Palestin.

Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Haniyeh.

Haniyeh memberikan keluarga, nyawa dan jiwanya dalam perjuangan untuk kebebasan, keamanan serta keadilan ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Kelmarin, media melaporkan kematian Haniyeh di Tehran, Iran yang mana Hamas mendakwa ia dilakukan oleh Israel.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail yang juga bekas Perdana Menteri Palestin itu serta seorang pengawal peribadinya.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *