Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan

Tiga anggota polis ditahan menyamun, lepas tembakan di Semenyih

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA), ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian samun ke atas sebuah rumah didiami warga asing Myanmar di Semenyih, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek antara sekumpulan lelaki yang dipercayai menyamun kediaman mangsa di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih, Kajang, sekitar jam 12.17 tengah malam, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat,  sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Kajang) melakukan tangkapan ke atas dua anggota polis berusia 32 dan 35 tahun di Batalion 19, PGA, Cheras.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 3, Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati.

“Tangkapan kedua-dua mereka dijalankan pada 1 Ogos jam 12.20 tengah malam tadi, manakala seorang lagi suspek berusia 24 tahun menyerah diri di IPD Kajang jam 1 tengah hari tadi.

“Dua suspek yang ditahan di PGA Cheras direman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos ini, manakala permohonan reman terhadap suspek yang menyerah diri akan dilakukan esok (Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata, Polis Kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan mahupun pegawai rendah polis, yang didapati terbabit dalam mana-mana kesalahan jenayah.

“Siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut kesalahan jenayah yang dilakukan tanpa kompromi,” katanya.

Terdahulu, tular laporan dalam aplikasi Telegram yang menyatakan lima lelaki termasuk tiga dipercayai anggota polis menyamun kediaman mangsa.

Dalam laporan itu, dua daripada suspek dilaporkan memakai vest PDRM dan bersenjatakan dua pucuk pistol jenis auto.

Suspek turut dilaporkan melepaskan lima das tembakan amaran ketika menaiki kenderaan selepas mengekori mangsa. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *