PRK DUN Nenggiri: Memilih peluang kepada yang mana

PRK DUN Nenggiri: Memilih peluang kepada yang mana

Oleh: Mohd Rizduan Ibrahim

DUN Nenggiri merupakan kawasan dalam Parlimen Gua Musang (P032). Kedudukannya bersempadan dengan Parlimen Kuala Krai dan Jeli. Geopolitik di kawasan ini sangat unik.

Dengan memiliki 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM), telah mewujudkan persekitaran politik yang dinamik.

Dengan populasi pengundi 86 peratus adalah pengundi Melayu, Cina 0.2 peratus, India 0.1 peratus dan lain-lain (Orang Asli 14 peratus), menjadikan Nenggiri adalah kawasan tradisional bumiputera.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 tahun lalu, hanya sebanyak 61 peratus keluar mengundi dari jumlah pemilih seramai 20,219 orang.

Jika dilihat analisis pilihan raya terdekat sebelum ini (PRN 15) yang telah berlaku pada tahun 2023, keputusan telah memihak kepada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 810. Dari itu, tujuh PDM dimenangi Barisan Nasional (BN) dan 13 PDM didahului oleh PN.

Kedua-dua parti memiliki ruang dan peluang di DUN Nenggiri. Pada PRN 15 yang lalu juga, dengan rekod PN memenangi di 13 PDM dengan beza undi yang tidak besar.

Manakala BN memenangi enam PDM beza undi yang besar, iaitu hanya satu PDM beza undi yang sedikit berbanding PN, iaitu PDM Sungai Asap dengan hanya berbeza 35 undi. Ketentuan pada 17 Ogos ini agak menarik untuk dikaji.

Jika dihitung cabaran kepada kedua pihak, masing-masing memiliki cabaran besar. Isu pemilikan tanah merupakan cabaran terbesar kedua belah pihak.

Pembukaan ladang rakyat telah menjadi igauan kepada Pas Kelantan, begitu juga pemilikan tanah kepada generasi Felda yang ada kesulitan. Isu lain seperti pembangunan infranstruktur turut menjadi perhatian rakyat di kawasan tersebut.

Isu dalaman di sebelah BN pula tidak begitu timbul, kerana YM KuLi telah meletakkan keputusan secara bersama dalam mesyuarat menentukan calon.

Manakala sebelah PN agak haru biru dengan percaturan pemilihan calon. Beberapa kepimpinan Bersatu di kawasan Gua Musang yang begitu mengharapkan kuota parti mereka diangkat sebagai calon.

Namun kepimpinan mereka telah meletakkan aktivis Pas sebagai calon. Walaupun khilaf atas dasar ahli Bersatu, namun hanya boleh diterangkan kepada umum, tetap tidak diterima sebahagian yang lain.

Tindakan PN agak berisiko untuk menunggu keputusan pada 17 Ogos nanti. Dari segi asas berorganisasi, BN mendahului dalam mengurus emosi dalaman.

Pada PRK kali ini, PN akan fokus kepada pengundi muda terutama di kawasan Felda Perasu dan penduduk di kawasan selian Kesedar seperti PDM Limau Kasturi, Jeram Tekoh dan lain-lain.

Manakala kawasan Orang Asli, PN agak sukar untuk mengatasi BN. Pilihan PN akan lebih kepada ceramah umum dan media. Untuk pengundi baharu (muda), mungkin PN dapat tarik minat mengundi mereka.

Tetapi, PN juga terasa bimbang, golongan ini boleh untuk tidak memihak kepada mereka kali ini, berikutan kesan pilihan raya yang lalu.

Lagi pun kawasan ini, agensi kerajaan seperti JAKOA, Kesedar dan Felda menjadi kebergantungan kepada penduduk tempatan.

Sebelum ini, mengapa BN tewas di kawasan ini, kerana tiada penyelarasan antara kawasan. Ini kerana masih ramai lantikan politik pada zaman pemerintahan PN berada dalam intitusi berkenaan. 

Namun, PRK kali ini, BN memiliki kekuatan dan peluang lebih besar seperti mana PRN 14.

Jika dilihat secara keseluruhan, BN mempunyai peluang lebih cerah dibandingkan dengan PN. Apabila isu serangan peribadi mula dimainkan oleh PN, iaitu menyerang calon BN dengan menyatakan dalam FB pengarah operasi PN PRK N43, calon BN adalah kontraktor, pembantu kepada YB sebelum ini yang mengaut projek.

Tindakan sedemikian, menunjukkan kedudukan PN tiada isu berfokus dan tidak mampu untuk menarik keyakinan pengundi secara anak Jantan.

Penulis, Mohd Rizduan Ibrahim adalah mantan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasi Mas

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *