KUALA LUMPUR – Bekas pekerja kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, Nazatul Nazira memfailkan saman balas ke atas pelakon itu pada Jun lalu.
Nazatul, 30, berkata dia memutuskan menyelesaikan persengketaan dengan pelakon itu di mahkamah bagi membersihkan namanya.
“Saya nekad untuk teruskan kes ini di mahkamah kerana ingin membersihkan nama dan menuntut hak saya.
“Fitnah dilemparkan Sarah menjejaskan imej dan maruah saya. Jadi, saya ingin perjuangkan keadilan saya,” katanya seperti dilaporkan bhnews.
Dalam pada itu, peguam mewakili Nazatul iaitu Aryssa Arynna berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lebih lanjut kes anak guamnya kerana masih dalam perbincangan.
“Setakat ini, kami tidak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana ada satu lagi proses mediasi.
“Kami masih dalam perbincangan dan belum ada kata sepakat lagi, jadi masih terlalu awal untuk bercakap.
“Anak guam saya juga ada buat tuntutan balas pada Jun lalu,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana tetap berkeras untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Nazatul Nazira.
Puteri Sarah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah, yakin berada di pihak yang benar selain mahu memperjuangkan haknya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252