Pembunuhan Ismail Haniyeh: Turki anggap Israel tolak keamanan, Iran ikrar tak sia-siakan 'darah'

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Turki anggap Israel tolak keamanan, Iran ikrar tak sia-siakan ‘darah’

ANKARA – Pembunuhan kejam pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh mendapat reaksi keras daripada Kerajaan Turki.

Kementerian Luar Turki dalam kenyataan hari ini mengutuk pembunuhan tersebut, dengan menegaskan serangan itu bertujuan untuk menyebarkan perang di Gaza pada peringkat serantau.

Kenyataan itu menambah, tindakan tersebut sekali lagi mendedahkan sikap Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu bahawa mereka tidak berhasrat untuk mencapai keamanan.

Sementara itu, media rasmi Iran melaporkan jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani memaklumkan “darah” Haniyeh yang mati dibunuh tidak akan sia-sia.

Katanya lagi, syahid Haniyeh di Tehran juga akan mengukuhkan ikatan yang mendalam dan tidak dapat diputuskan antara Tehran, Palestin dan gerakan penentangan.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Haniyeh, 62, terbunuh dalam ‘serangan khianat zionis ke atas kediamannya di Tehran’. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *