Tajuk Utama
    6 MPV polis kejar kereta pasangan kekasih

    6 MPV polis kejar kereta pasangan kekasih

    JOHOR BAHRU – Polis menahan pasangan kekasih yang melarikan diri daripada polis di Taman Impian Emas, Skudai, Rabu lalu.

    Dalam kejadian yang tular di media sosial, dua individu berkenaan ditahan selepas enam kereta peronda polis (MPV) mengejar kereta mereka.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata MPV polis mengejar kereta dipandu suspek lelaki itu bermula di Taman Impian Emas dan melalui beberapa jalan lain di daerah ini sebelum kembali ke Taman Impian Emas dan ditahan.

    “Siasatan mendapati pemandu kereta iaitu suspek lelaki melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas, Skudai.

    “Kita menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia 27 dan 20 tahun.

    “Saringan awal air kencing mendapati kedua-dua mereka positif methamphetamine,” katanya mengikut laporan BHNews dalam kenyataan hari ini.

    Menurut beliau, ketika kejadian, terdapat seorang kanak-kanak yang juga anak kepada suspek wanita.

    Beliau sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial menyatakan kes berkenaan adalah kes culik kanak-kanak.

    Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan insiden enam buah MPV yang sedang mengejar sebuah kereta. – ND

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *