PADANG TERAP – Mayat seorang wanita dipercayai ditembak ditemui di kawasan Durian Burung, di sini, pada Sabtu.
Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superitendan Mulkiaman Manzar yang mengesahkan kejadian berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 7 malam semalam.
“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di badan.
“Hasil siasatan, mangsa dipercayai warga Thailand. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mulkiaman berkata, mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Polis kini mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri untuk didakwa bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dijangka mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat bagi memberi maklumat lanjut. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252