Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS

Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan secara peribadi menyatakan kebimbangan kepada Demokrat mengenai pencalonan Joe Biden.

Turut senada, bekas Speakar Nancy Pelosi, yang juga memberi amaran secara peribadi, Demokrat bakal hilang kawalan dalam Dewan Perwakilan sekiranya Biden tidak mengundurkan diri dari persaingan Pilihan Raya Presiden 2024

Menurut laporan dalaman parti, Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.

Obama dan Pelosi antara kalangan ahli Demokrat tertinggi yang membuat gesaan supaya Biden mempertimbangkan semula usahanya untuk mempertahankan jawatan Presiden.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Perkembangan ini dilaporkan ketika bantahan semakin meningkat di White House dan kempen berhubung masa depan Presiden dan Parti Demokrat.

Obama dalam mesejnya kepada rakan sekutu, mahu Biden mempertimbangkan semula kedudukan kempennya, namun akui ia perkara yang perlu diputuskan sendiri oleh Biden.

Kalangan anggota Demokrat yang berpengaruh, di pelbagai peringkat termasuk Kongres diketuai pemimpin majoriti Senat, Chuck Schumer dan pemimpin Dewan Perwakilan Demokrat, Hakeem Jeffries, turut menghantar mesej berhubung kebimbangan sama.

Ada kalangan anggota Demokrat berharap, Biden yang berehat daripada kempen selepas disahkan positif Covid-19, akan mengkaji semula trajektori persaingan dan legasinya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Biden sebelum ini bertegas tidak akan menarik diri, atas alasan beliau merupakan calon yang menewaskan Trump sebelum ini dan yakin akan berjaya mengulanginya sekali lagi.

Sementara itu, timbalan pengurus kempen Biden Quentin Fulks memaklumkan beliau tidak mempertimbangkan apa-apa.

Sebaliknya dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, beliau semakin komited untuk terus kekal berada dalam persaingan pilihan raya Presiden. – AP

 Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *