Polis buru lelaki rosakkan kereta

Polis buru lelaki rosakkan kereta

SEREMBAN – Tidak tahu apa puncanya, seorang lelaki bertindak mematahkan pengelap cermin, cermin sisi dan cermin hadapan sebuah kereta di Jalan Dataran Sentral 2, bersebelahan Seremban Gateway di sini, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemilik kereta seorang wanita bernasib baik kerana kelakuan aneh lelaki berkenaan dirakam kamera papan pemuka.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita pada jam 5.46 petang.

“Wanita berkenaan bertugas sebagai pegawai bank di Petaling Jaya, Selangor mengatakan kereta jenis Perodua Alza miliknya diletakkan di lokasi untuk pergi bekerja.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dia mendapati kenderaannya mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, ‘wiper’ hadapan dan belakang patah serta rosak pada kedua-dua cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohamad Hatta berkata, wanita itu dipercayai meletakkan keretanya di lokasi kejadian sebelum ke tempat kerja dengan menumpang kereta rakan sekerja.

“Suspek sudah dikenal pasti, usaha untuk mengesan dan menangkapnya sedang dijalankan. Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang gagal mematuhi undang-undang negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat ke atas harta orang lain,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *