SPRM tahan suami isteri yang juga pempengaruh

SPRM tahan suami isteri yang juga pempengaruh

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang dikatakan terbabit isu menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Menurut sumber, pasangan suami isteri ditahan SPRM jam 6.40 petang bagi membantu siasatan, selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

“Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya sebagaimana dilaporkan Berita Harian.

Sebelum ini, pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *