Hizbullah terbit video menunjukkan pencerobohan Israel di Golan Heights

Hizbullah terbit video menunjukkan pencerobohan Israel di Golan Heights

DUBAI – Hizbullah menerbitkan rakaman video hampir 10 minit mengenai 17 pos tentera di Golan Heights yang diduduki Israel di Syria, yang didakwa dikumpulkan oleh pesawat pengawasan kumpulan bersenjata itu.

Video itu adalah siaran episod kedua bertujuan menunjukkan sejauh mana pemantauan Hizbullah terhadap kegiatan Israel ketika ketegangan memuncak berhubung perang Israel terhadap Hamas di Gaza dan pertempuran rentas sempadan Lubnan dengan Israel.

Sebelum ini, pada Jun lalu, kumpulan bersekutu Iran itu menerbitkan video lebih sembilan minit mengenai apa yang dikatakan sebagai rakaman pengawasan lokasi di Israel, termasuk bandar lapangan terbang dan pelabuhan laut Haifa.

Menurut pegawai perhubungan media Hizbullah, Muhammad Afif, penerbitan video itu menghantar mesej yang jelas kepada musuh dan tenteranya mengenai keupayan pergerakan itu.

“Adalah penting untuk menunjukkan keupayaan teknikal dan teknologi kami dalam bidang pengawasan serta mendapatkan maklumat yang diperlukan semasa peperangan,” katanya.

Pada Jun lalu, saluran televisyen pro-Iran, Lubnan Al Mayadeen, berkata selepas video pertama diterbitkan, pesawat tanpa pemandu telah memintas sistem pertahanan Israel dan kembali ke Lubnan tanpa dikesan atau ditembak jatuh.

Hizbullah menghantar kedua-dua dron pengawasan dan serangan ke Israel sejak permulaan perang Israel dan Hamas Oktober lalu, sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Konflik antara Hizbullah dan Israel semakin meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan perang besar-besaran, di mana kedua-dua pihak mengatakan mereka ingin elakkan dan diplomat sedang berusaha untuk menghalangnya.

Amerika Syarikat (AS) dan Perancis sedang mengusahakan rundingan terhadap menyelesaikan permusuhan di sepanjang sempadan selatan Lubnan dengan Israel. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *