JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri warga Singapura berdepan detik cemas apabila kereta mereka naiki terbakar di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketika kejadian pada jam 8.15 malam, mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk memasuki Singapura.
Bagaimanapun katanya, suami isteri berusia lingkungan 40-an itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kebakaran berjaya dikawal anggota pelbagai agensi termasuk polis, Rela, polis bantuan dan anggota Jabatan Imigresen menggunakan alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Raub berkata, api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.35 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252