BERITA UTAMA
BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar

BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan tiada masalah untuk Malaysia menyertai kumpulan ekonomi BRICS memandangkan ia juga tidak bercanggah dengan dasar luar negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai negara bebas dan merdeka, adalah baik untuk negara menjalin hubungan dengan banyak negara, termasuk blok ekonomi yang ada.

Menurutnya, Malaysia tidak harus terikat dengan satu blok sahaja, sedangkan ada blok baharu yang meningkat naik, tidak lagi bergantung kepada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS).

“Akhirnya kita lihat penyertaan ini tidak menjadi satu permasalahan kerana negara menyertai BRICS ini juga mempunyai hubungan dagang yang baik dengan Eropah, AS dan negara lain.

“Ini bagi saya, hanya perkembangan dari semasa ke semasa dan keadaan sekarang nampaknya menuntut kita secara tegas, menjalin jaringan supaya kepentingan perdagangan kita terjaga.

“Pada saya penting sekali adalah perdagangan, ekonomi negara kita. Kenapa kita harus terikat dengan satu blok?,” katanya dipetik AWANI.

Beliau berkata, sekarang apabila ada satu blok baharu yang beri saingan, negara terus menjalin hubungan dengan kedua-dua, atau kalau boleh ketiga, keempat.

Sebab itu, katanya, apabila Indonesia dan Thailand menyatakan minat, malah bersama memohon untuk Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kita pun ambil sikap sama.

Perdana Menteri berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa bagi menjawab soalan Dr. Halimah Ali (PN – Kapar) yang meminta penjelasan mengapa Malaysia berubah pendirian dan bersetuju menyertai BRICS. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *