BERITA UTAMA
Lelaki pakai baju logo PDRM dirakam percakapan

Lelaki pakai baju logo PDRM dirakam percakapan

PETALING JAYA – Lelaki yang dirakam memakai baju berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu perselisihan faham yang tular baru-baru ini di sekitar PJU 8/8, Damansara Perdana, di sini sudah dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun yang bekerja sebagai penjual basikal itu dirakam keterangan berhubung kejadian terbabit semalam.

“Pemilik kenderaan jenis Volkswagen berkenaan sudah hadir bagi memberi keterangan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu BH melaporkan, PDRM mengesahkan individu terbabit yang memakai baju T program Fun Ride anjuran pihak polis di Shah Alam bukan seorang pegawai atau anggota agensi itu seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial berkenaan.

Dalam hantaran itu, terdapat dua gambar serta satu rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju T tertera logo PDRM yang didakwa meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

Siasatan lanjut dilakukan mendapati kejadian berlaku jam 8.30 pagi pada 3 Julai lalu ketika pemandu kereta Volkswagen terbabit sedang menurunkan isterinya yang bekerja di sebuah premis berhampiran.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *