BERITA UTAMA
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus

Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus

KULIM – Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini pada Ahad.

Kanak-kanak berusia 2 dan 3 tahun terbabit makan makanan itu yang digantung di lokasi kejadian berdekatan rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 25 tahun pada jam 11 pagi selepas melihat anaknya muntah dan mulut berbuih.

“Ibu kanak-kanak itu segera membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan polis mendapati dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar dikatakan mengandungi racun untuk dijadikan perangkap monyet.

“Kedua-dua mangsa dipercayai membuka dan makan makanan ringan itu dan tidak lama kemudian ibu mangsa mendapati anak-anaknya muntah dan mulut berbuih,” katanya dipetik AWANI dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azizul berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

“Pplis sedang mengesan suspek yang disyaki jiran mangsa untuk membantu siasatan,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *