BERITA UTAMA
SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang

SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu iaitu dua pengarah syarikat subkontraktor dipercayai terlibat rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.

Sumber SPRM memaklumkan, pengarah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan antara jam 5 petang hingga 7 malam Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Beliau berkata, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi semalam dan perintah tahanan reman selama lima hari hingga 7 Julai ini yang dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Kedua-dua suspek merupakan pengarah dari syarikat yang sama disyaki memberi rasuah kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain,” katanya kepada Bernama semalam.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Pada Selasa, Bernama melaporkan SPRM menahan reman dua lagi individu iaitu pengerusi sebuah syarikat dan pengarah syarikat subkontraktor bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung projek itu.

Setakat semalam, SPRM telah menahan reman seramai 14 individu berhubung kes itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *