BERITA UTAMA
Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah

Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus berusaha menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada negeri dan wilayah yang mempunyai peratusan lebih tinggi melebihi paras nasional.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, empat negeri mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi daripada nasional ialah Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.

Menurutnya, kerajaan akan memastikan lebih ramai golongan sasar miskin tegar menyertai program pembasmian kemiskinan tegar dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi di seluruh negara.

“Dari segi pelan tindakan ini, keutamaan akan diberi untuk memantapkan penyediaan infrastruktur, mengoptimumkan potensi ekonomi, menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial.

“Selain itu, pembangunan inklusif akan dipertingkatkan dan kerjasama antara agensi Persekutuan dan kerajaan negeri akan diperkukuhkan.

“Ini dilaksanakan untuk meningkatkan akses dan peluang pertumbuhan yang seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan, keusahawanan dan taraf hidup.

“Selain itu, Kerajaan turut memperuntukkan sejumlah besar dana bagi melaksanakan program menangani kemiskinan di bawah pelbagai kementerian dan agensi antaranya meliputi program keusahawanan, modal insan, program peningkatan pendapatan lain untuk ketua isi rumah (KIR) miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Isnin, bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas) yang bertanya negeri disasarkan oleh Kerajaan untuk mencapai sifar miskin tegar serta pelan tindakannya.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *