BERITA UTAMA
Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman

Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands direman

BENTONG – Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu direman selama empat hari bermula Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 32 tahun itu direman mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita menahan suspek kira-kira jam 10.30 malam pada Ahad di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Bentong,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Zaiham memaklumkan pemandu bas berkenaan tiada lesen memandu dan memiliki 27 rekod saman lampau.

Bas persiaran membawa 21 penumpang termasuk pemandu terbalik meragut dua nyawa pelancong lelaki warga China.

Pemandu bas, dua pemandu pelancong warga tempatan dan 16 penumpang warga China yang dilaporkan cedera berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Seramai 13 mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan enam lagi dirawat di Hospital Bentong. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *