60 rakyat Palestin terkorban, angka korban di Gaza melebihi 37,700

60 rakyat Palestin terkorban, angka korban di Gaza melebihi 37,700

ANKARA – Sekurang-kurangnya 60 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 37,718, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Rabu.

Sementara itu, 86,377 lagi cedera dalam serangan terbabit, lapor Agensi Anadolu.

“Tentera Israel membunuh 60 orang dan mencederakan 140 yang lain menerusi empat operasi dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses kawasan itu,” menurut kementerian berkenaan.

Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dengan keputusan terbaharu memerintahkan Tel Aviv segera menghentikan operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah selepas lebih sejuta rakyat Palestin mencari tempat perlindungan sebelum ia diserang pada 6 Mei. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *