BERITA UTAMA
Suspek kes ragut warga China di Dengkil, ditahan

Suspek kes ragut warga China di Dengkil, ditahan

PUTRAJAYA – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba meragut wanita warga China di Southville City, Dengkil, pada jam 10.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 33 tahun yang juga penganggur itu ditahan di Lorong Bahagia, Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, pada jam 4 petang.

Beliau berkata, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut ditahan bersama motosikal yang digunakan ketika kejadian.

Katanya, polis turut menerima satu laporan daripada seorang lelaki pada jam 4.18 petang yang merakam kejadian ragut berkenaan.

“Polis masih mengesan mangsa ragut dan berharap tampil membuat laporan,” katanya dipetik Berita Harian.

Wan Kamarul berkata, permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 33 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *