BERITA UTAMA
Polis tahan tiga lelaki miliki senjata berbahaya, peralatan polis

Polis tahan tiga lelaki miliki senjata berbahaya, peralatan polis

IPOH – Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana didapati memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah di kawasan Sungai Senam, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek berumur antara 27 dan 37 tahun.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing menunjukkan semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphatamine.

“Kira-kira jam 6.10 pagi Jumaat, kami menerima maklumat daripada orang awam terdapat sebuah kenderaan yang mencurigakan di kawasan Sungai Senam

“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, pihak polis telah menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang dinaiki oleh tiga lelaki warga tempatan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Abang Zainal Abidin berkata, hasil pemeriksaan fizikal serta kenderaan berkenaan, mendapati kesemua suspek memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah dan empat rekod kesalahan dadah.

Tambahnya, suspek kedua pula mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah dan satu rekod kesalahan dadah manakala suspek ketiga mempunyai enam rekod jenayah dan sembilan rekod kesalahan dadah.

Katanya, kesemua suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 89(A) Akta Polis.

Menurut Abang Zainal Abidin, dengan tertangkapnya kumpulan itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun dan menyamar sebagai pegawai polis di sekitar daerah Ipoh.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya membeli dan memiliki senjata berbahaya serta memiliki secara tidak sah peralatan yang dibekalkan kepada polis kerana ia boleh disabitkan dengan kesalahan undang-undang. – ND

 

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *