KUALA LUMPUR – Pelbagai taktik dilakukan ‘scammer’ untuk memastikan mangsanya terpedaya termasuklah dengan menyamar sebagai orang terdekat.
Kadang-kadang pastinya timbul rasa simpati akan rakan terdekat jika ada mahu meminjam duit hingga tidak mengesahkan identiti sebelum ‘transfer’ jumlah yang diminta.
Pernah menjadi mangsa scam, pelakon Bell Ngasri berharap orang ramai lebih berhati-hati dalam memberikan duit.
“Saya kena (scam) dah lama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu dengan ‘penyamar’ pelakon Mubarak Majid yang mengirim mesej di WhatsApp ingin meminjam wang. Tanpa selidik, saya masukkan duit diminta.
“Tapi, sekarang ada lagi kisah ini (scammer) dan saya harap supaya lebih berhati-hatilah. Sebenarnya, contoh (mangsa scam) itu dah berlaku kepada saya sendiri. Jadi, dah pernah tersebar pun dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada mereka di luar sana.
“Saya tak sangka masih terjadi lagi dan harap-harapnya kita lebih berhati-hati. Kalau dapat WhatsApp yang mencurigakan.
“Awak sepatutnya ‘call direct’ (terus hubungi) individu berkenaan untuk tahu dia adalah orang yang sebenar atau tidak,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Jika ada rakan selebriti yang memohon bantuan kewangan, Bell akan cuba menghubungi orang tersebut terlebih dahulu.
Sebelum ini, Bell terpaksa menanggung kerugian RM1,000 selepas menjadi mangsa penipuan.
“Saya akan hubungi dulu dan bertanya apakah mereka yang menghantar mesej minta bantuan berkenaan. Tidak perlu bertanya semua benda melalui balasan mesej di tulis, tapi terus saja hubungi orang itu.
“Kalau kita berbalas mesej dengan pengirim, dia pasti akan jawab macam ‘real’ kerana itulah yang pernah saya lalui sendiri.
“Pengalaman saya mesej pada uncle Mubarak dan dia jawab beritahu dalam keadaan susah,” katanya.
Kebiasaan ‘scammer’ ini akan menggunakan ayat yang mereka terdesak dan perlukan duit secepat mungkin, tapi akaun diberikan adalah individu yang berbeza. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252