Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini

Lebih 1.8 juta umat Islam seluruh dunia tunai ibadat haji tahun ini

MEKAH – Seramai 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi.

Menurutnya, dari jumlah itu seramai 958,137 jemaah lelaki, manakala 875,027 lagi jemaah wanita.

Pihak berkuasa berkenaan memaklumkan, jumlah jemaah haji luar ialah seramai 1,611,310, manakala jemaah tempatan 221,854 orang.

“Peratusan jemaah haji dari Asia tidak termasuk negara Arab mewakili 63.3 peratus, negara Arab (22.3 peratus), negara Afrika (11.3 peratus), dan Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Australia (3.2 peratus),” menurut pihak berkuasa itu.

Statistik itu menunjukkan jumlah ketibaan jemaah haji tertinggi adalah melalui lapangan terbang dengan 1,546,345 orang diikuti darat (60,251) dan pelabuhan (4,714).

Dalam pada itu, jumlah jemaah haji yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Mekah pada musim haji tahun ini ialah seramai 322,901 orang.

Sementara itu, pihak berkuasa berkenaan juga menyatakan antara objektif pengumpulan data terperinci ini adalah bagi menyokong pembuat keputusan dalam mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah haji.

“Statistik ini menyumbang kepada penilaian perkhidmatan disediakan oleh entiti yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat kepada jemaah haji,” menurut pihak berkuasa itu. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *