Raja Permaisuri Agong kurnia sumbangan Hari Raya Aidiladha ringan beban golongan miskin

Raja Permaisuri Agong kurnia sumbangan Hari Raya Aidiladha ringan beban golongan miskin

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan majlis Pengurniaan Sumbangan Hari Raya Aidiladha kepada komuniti daerah Johor Bahru.

Seramai 250 golongan miskin tegar dan miskin daerah Johor Bahru menerima kurniaan peribadi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta barangan keperluan asas daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Berangkat sama, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Majlis berlangsung di Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan MAINJ.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan isteri; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani; dan isteri serta Pegawai Daerah Johor Bahru, Muzaldin Mohamed.

Sementara itu, Muzaldin dalam ucapannya menjunjung kasih di atas kurniaan sumbangan daripada Seri Paduka Baginda.

“Kurniaan sumbangan ini menunjukkan betapa eratnya hubungan antara istana dan rakyat. Patik bagi pihak penerima sumbangan menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda.

“Semoga keprihatinan Seri Paduka Baginda kepada golongan yang memerlukan akan menjadi ikutan kepada seluruh rakyat,” katanya. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *