Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ

Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ

PETALING JAYA – Tonggak utama Selangor FC (SFC) Faisal Halim muncul di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang sepak mula Piala FA di antara Selangor dan Negeri Sembilan pada Sabtu.

Faisal yang masih menjalani pemulihan akibat disimbah asid sebelum ini buat julung kalinya muncul sambil ditemani keluarganya yang turun menyaksikan perlawanan membabitkan Gergasi Merah yang mengintai slot ke suku akhir, lapor AWANI.

Bapanya, Halim Saad turut berdiri bersama-sama barisan kesebelasan utama ketika menyanyikan Lagu Negaraku.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas sidang media dua hari lalu di Selangor Training Centre di Shah Alam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada 5 Mei lalu, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Seterusnya pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di sini selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *