Tajuk Utama
    Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu

    Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu

    SHAH ALAM – Seorang pendaki disahkan meninggal dunia ketika dalam pengakian ke puncak Gunung Kinabalu.

    Dalam kejadian 11 Jun lalu, lelaki berusia 52 tahun itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri, kir-kira 200 meter dari puncak gunung.

    Memetik laporan The Star, lelaki itu dalam ekspedisi bersama isterinya, termasuk sembilan lagi pendaki dan tiga malim gunung.

    Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin ketika mengesahkan perkara itu berkata, kejadian berlaku pada jam 5.30 pagi.

    Katanya, ketika kejadian, malim gunung cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) dengan kadar segera, tetapi gagal menyelamatkan mangsa.

    “Pasukan Bomba Bantuan Mountain Search and Rescue (Mosar) kemudian membawa turun mangsa ke pintu pagar Timpohon iaitu tempat permulaan pendakian.

    “Namun, seorang pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kundasang telah mengesahkan pendaki itu meninggal dunia,” katanya.

    Mengulas lanjut, menurut Simiun, polis dimaklumkan mengenai perkara itu pada jam 11 pagi Selasa dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Tambah beliau, mayat telah dihantar ke bahagian forensik di Hospital Ranau untuk bedah siasat.

    “Mereka yang merancang untuk mendaki gunung dinasihatkan berada dalam keadaan sihat bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya. – ND

     

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *