Tajuk Utama
    Jangan takut berdepan JDT - Park Jaehong

    Jangan takut berdepan JDT – Park Jaehong

    KOTA BHARU – Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jaehong mengingatkan pemainnya agar tidak takut berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, pada saingan pusingan 16, Piala FA 2024, malam esok.

    Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, dia mengakui bukan mudah pasukannya bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim namun dengan kerja keras dan semangat juang tinggi, dia yakin pasukan mampu menyaingi tuan rumah.

    Beliau berkata, pihaknya mungkin menekankan aspek bertahan dalam permainan tetapi akan tetap melancarkan serangan agresif bila mendapat ruang.

    “Pemain jangan mudah putus asa serta sentiasa bekerja kerja pada 90 minit masa perlawanan agar berjaya memberi saingan kepada juara bertahan itu.

    “Kami akui pihak tuan rumah adalah sebuah kelab yang cukup ‘solid’ dan dibarisi pemain terbaik Liga Malaysia, tidak mudah untuk semua pasukan beraksi di sini termasuk KDN FC,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

    Jaehong bagaimanapun tetap berkeyakinan skuad kijang emas mampu memberi saingan sekali gus tidak memberi laluan mudah buat JDT.

    “Pemain kena yakin mereka ada kualiti, jangan takut dengan kekuatan lawan walaupun sedar skuad Harimau Selatan berkualiti tinggi.

    “Beraksi seperti biasa, jangan gugup dan paling utama, manfaatkan segala ruang diperoleh serta kurangkan kesilapan mudah yang boleh memberi gol kepada kelab tuan rumah,” katanya. – ND

     

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *