Anggota polis ditemukan mati, leher dijerut jaket dalam tandas R&R

Anggota polis ditemui mati leher dijerut jaket dalam tandas R&R

SEORANG anggota polis ditemui mati tergantung pada tiang besi atas penghadang dalam tandas Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di sebuah lebuh raya di Nilai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.

Menurut Abdul Malik, siasatan awal mendapati anggota polis berusia 25 tahun itu disyaki membunuh diri dengan menjerut lehernya menggunakan jaketnya sendiri.

Beliau berkata, lelaki itu adalah seorang anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur.

“Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Negeri Sembilan telah membantu siasatan di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh si mati kecuali hanya kesan jerutan di leher akibat tergantung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Malik memberitahu, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk proses bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan,” katanya. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *