Tunku Mahkota Ismail bincang projek pembangunan infrastruktur di Johor

Tunku Mahkota Ismail bincang projek pembangunan infrastruktur di Johor

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan membincangkan pelbagai projek melibatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat di Johor.

Menerusi hantaran di Facebook Tunku Mahkota Ismail, perbincangan itu melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr. Azmi Rohani; dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.

Hantaran itu memaklumkan antara perkara dibincangkan ialah cadangan membina persimpangan bertingkat baharu di Link Kedua, projek pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai di Sungai Sedili Besar serta program pemuliharaan Sungai Skudai di daerah Kulai dan Johor Bahru.

Turut dibincangkan ialah projek khas berimpak tinggi negeri iaitu cadangan pembangunan Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) bagi sistem pengangkutan awam di Wilayah Iskandar Malaysia dan cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) dari Mersing-Kota Tinggi-Johor Bahru.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Projek-projek ini selaras dengan keutamaan Pemangku Sultan Johor untuk membangunkan infrastruktur, memperbaiki kemudahan rakyat dan meningkatkan ekonomi negeri,” menurut hantaran itu hari ini.

Turut hadir dalam perbincangan itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican; Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan, Datuk Shahrol Anuwar Sarman; dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *