Lebih 36,000 terbunuh dalam 8 bulan perang Israel di Gaza

Lebih 36,000 terbunuh dalam 8 bulan perang Israel di Gaza

GAZA – Tempoh lapan bulan perang Israel di Gaza, sudah mengorbankan lebih 36,000 mangsa sehingga kini.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, daripada jumlah itu, sejumlah 77 nyawa terkorban, sementara 221 yang lain cedera akibat serangan dalam tempoh 24 jam.

Serangan terbaharu rejim Zionis turut menyaksikan sekolah di bawah panji PBB, yang menjadi pusat perlindungan penduduk Palestin dibedil.

Sekurang-kurangnya 40 orang maut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Israel seperti kelaziman mendakwa serangan ke atas sasaran itu dilancarkan kerana memburu pejuang Hamas.

Sehingga kini pengantara Mesir dan Gaza menjangkakan Hamas akan mengemukakan maklum balas terhadap cadangan gencatan senjata dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *