BERSIH mahu Pengerusi SPR yang baru komited dan bebas

BERSIH mahu Pengerusi SPR yang baru komited dan bebas

KUALA LUMPUR – Komited dan bebas antara ciri penting perlu ada pada pengerusi dan ahli baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) itu berkata, ciri itu penting bagi pelantikan baharu sesuai dengan agenda reformasi yang bersikap bebas.

Katanya, topik mengenai agenda reformasi itu sangat kompleks dan bakal Pengerusi SPR yang baharu perlu tahu bagaimana hendak mengetengahkan isu seperti pengawalan jentera kerajaan ketika pilihan raya khususnya.

“Adanya kriteria seperti ini, mereka akan lebih cakna mengenai tanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipegang.

“Bagai saya kriteria ini penting untuk kita ketengahkan kerana inilah masa sesuai dengan masa ada sebab kita tidak tau apa akan berlaku dan apa akan datang.

“Apabila kita menyebut mengenai reformasi, topik ini terlalu besar dan banyak untuk disentuh,” katanya sebagai panel Forum BERSIH semalam.

Beliau memberi contoh, macam mana hendak mengawal jentera kerajaan dalam kempen dan sebagainya.

Sebab itu, katanya, penting untuk bercakap siapa yang layak menjadi Pengerusi SPR supaya dalam tempoh empat tahun ini, boleh bawa perubahan.

Muhammad Faisal yang merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut mencadangkan ahli SPR, Dr. Faisal S. Hazis sebagai calon yang berpotensi untuk dilantik Pengerusi SPR.

“Kalau media tanya siapa calon yang sesuai, sebenarnya kita ada orang, kita ada beberapa nama yang boleh diketengahkan. Jika saya boleh namakan, Dr. Faisal.

“Kita tahu beliau komited dengan reform agenda, jadi kita kena bagi beliau peluang dan ruang untuk menerajui SPR dan melakukan reformasi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan sudah mengenal pasti calon jawatan Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses yang sewajarnya bagi pemilihan itu sudah diikuti dan perlu menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *