BERITA UTAMA
Bio-Rich kembang sayap produk ke Indonesia dengan kerjasama PSBM, Permai

Bio-Rich kembang sayap produk ke Indonesia dengan kerjasama PSBM, Permai

KUALA LUMPUR – Bio-Rich, produk kesihatan pengganti gula pasir yang lebih menyihatkan pengguna mula mengembangkan sayapnya ke Indonesia, dalam usaha mengurangkan kadar penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol di kalangan masyarakat negara itu.

Dengan kerjasama Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) dan NGO Permai, produk Bio-Rich akan berada di pasaran seluruh negara ini dan Indonesia sekurang-kurangnya bermula bulan ini.

Menurut Presiden PSBM yang juga Ketua Ahli Kehormat Permai, Datuk Seri Ramle Mat Daly, tujuan utama NGOnya perkenalkan produk itu adalah untuk menjana pendapatan kepada rakyat di kedua negara, di samping menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kita perkenalkan produk Bio-Rich ini untuk menjana ekonomi yang kita rancangkan selama ini, dengan mengembangkannya menerusi Permai bagi membantu kebajikan kepada masyarakat Indonesia di negara ini dan negara mereka khususnya.

“Permai juga memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek membantu masyarakat rakyatnya yang mencari rezeki di Malaysia terutama yang tinggal di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pejabat Permai, Gombak, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bio-Rich, Ishak Basiron; Stokis Bio-Rich, Rahim Ahmad; dan Ketua Umum Permai, Ariafuddin.

Menurut Ramle, beliau mengambil inisiatif bersama Bio-Rich dan Permai adalah semata-mata untuk membantu ahli NGO itu menjana ekonomi, di samping menjadi diri sendiri, jati diri dan keyakinan diri.

Ujar beliau, walaupun baharu setahun jagung, produk Bio-Rich sudah mula terkenal di Indonesia dan mendapat kelulusan sijil dari kerajaan negara itu. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *