BERITA UTAMA
Angkasawan Apollo 8 William Anders maut dalam nahas pesawat ringan

Angkasawan Apollo 8 William Anders maut dalam nahas pesawat ringan

BEKAS angkasawan William Anders, antara tiga orang pertama mengelilingi bulan, meninggal dunia dalam nahas pesawat ringan di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada usia 90 tahun.

Anders merupakan individu yang mengambil gambar ikonik ‘Earthrise’ ketika misi NASA Apollo 8 pada tahun 1968.

Ketua NASA Bill Nelson mengucapkan takziah kepada keluarga Anders di akaun media sosial miliknya.

Beliau turut berkata, bekas juruterbang Air Force itu “memberi hadiah paling istimewa seorang angkawasan boleh berikan kepada manusia di seluruh dunia”.

Muzium Heritage Flight yang terletak di Burlington, Washington mengesahkan kematian Anders dalam nahas pesawat berkenaan.

Mendiang dikatakan mengemudi pesawat itu seorang diri apabila ia terhempas di perairan Pulau Jones, sebahagian daripada gugusan kepulauan San Juan, lapor The Seattle Times.

Menurut stesen TV KCPQ, Anders merupakan juruterbang dan satu-satunya penumpang pesawat Air Force T-34 Mentor miliknya.

Anders menyertai NASA pada tahun 1963, namun hanya diterbangkan ke angkasa lepas pada 21 Disember 1968.

Ketika itu mendiang menyertai Apollo 8 dalam misi pertama angkawasan ke bulan.

Antara tugasan utama misi itu adalah untuk mengambil gambar bulan.

Namun, perhatian mereka teralih kepada pemandangan indah bumi dari angkasa lepas.

Foto yang dirakam Anders kemudian menjadi terkenal dan dinamakan ‘Earthrise’.

Ia juga disifatkan salah satu foto paling diingati dalam sejarah.

“Kami terpaksa pergi ke bulan untuk menikmati bumi,” kata Anders ketika itu. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *