BERITA UTAMA
Che Ibrahim sebagai Timbalan Presiden KDN FC yang baharu.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara dilantik Timbalan Presiden KDN FC

KOTA BHARU – Pengerusi Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail dilantik sebagai Timbalan Presiden kelab bola sepak Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bagi menggantikan Datuk Zamri Ismail yang melepaskan jawatan itu Mei lalu.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu berkuat kuasa semalam (6 Jun) selepas hampir sebulan jawatan itu dikosongkan.

Beliau berkata, kehadiran Che Ibrahim akan membantu KDN FC menjadi lebih baik dari segi pengurusan kerana beliau seorang yang dikenali dalam dunia korporat.

Sementara itu, Che Ibrahim berkata, tumpuan utama beliau bersama Presiden serta barisan kepimpinan kelab ialah membantu menjadikan Sang Kijang Emas sebagai sebuah kelab yang berdaya saing serta disegani.

“Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak terutama jawatankuasa kelab akan bekerja keras untuk nenghadapi segala cabaran yang mendatang,”katanya dalam kenyataan. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *