BERITA UTAMA
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dipersembahkan Darjah Kebesaran Persekutuan

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dipersembahkan Darjah Kebesaran Persekutuan

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Baginda berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).

Darjah Kebesaran D.K.M. dipersembahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Manakala Darjah Kebesaran D.M.N. dipersembahkan kepada SPB Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang ditabalkan menjadi Sultan dan Raja di negerinya serta orang-orang yang paling dihormati.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Awang Alik Jeman; dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *