Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Narita, Tokyo

Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Narita, Tokyo

TOKYO – Sebuah pesawat kargo melakukan pendaratan cemas hari ini beberapa saat selepas berlepas dari lapangan terbang Narita, Tokyo berikutan laporan kebakaran pada satu daripada enjinnya, lapor Xinhua.

Insiden itu melibatkan pesawat Polar Air Cargo, Penerbangan 752 menuju ke Los Angeles, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 10 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pesawat itu kemudian berpatah balik dan mendarat di lapangan terbang Narita kira-kira 11.25 pagi waktu tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan punca kebakaran enjin pesawat. – BERNAMA-XINHUA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *