BERITA UTAMA

Disyaki terima rasuah, bekas Datuk Bandar PBT ditahan SPRM

JOHOR BAHRU –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang individu merupakan bekas Datuk Bandar.

Penahanan lelaki berusia 63 tahun itu dibuat kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM1 juta.

Menurut sumber SPRM, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira jam 4 petang semalam.

“Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021, telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pagi ini dengan 12 pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *