BERITA UTAMA

Enjin kapal terbang ‘makan’ korban manusia

AMSTERDAM – Seorang terbunuh selepas terjatuh dan ‘disedut’ masuk dalam enjin sebuah pesawat milik syarikat penerbangan KLM.

Akhbar Metro UK melaporkan, kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 3 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Schiphol, Belanda.  

“Penerbangan 1341 itu seharusnya berlepas dari Amsterdam ke Billund di Denmark,” lapor media tempatan. 

Namun, tidak jelas sama ada mangsa merupakan penumpang atau kakitangan lapangan terbang berkenaan.

Polis Tentera Diraja Belanda berkata menerusi platform X: “satu kejadian berlaku petang ini (semalam) di lapangan Schiphol, di mana seorang individu terjatuh dan disedut  ke dalam enjin pesawat yang sedang hidup.

“Mangsa meninggal dunia, manakala semua penumpang dan kru kabin telah dipindahkan,” tambahnya. 

Sementara itu, KLM  memberitahu pihaknya telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI 

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *