BERITA UTAMA
Putra desak kerajaan Selangor beri tempat tinggal, pampasan kepada penduduk Kg Sri Makmur

Putra gesa Hannah Yeoh letak jawatan

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) minta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk meletak jawatan berhubung syarikat suaminya mendapat kontrak pengangkutan yang diluluskan kerajaan negeri Selangor.

Ketua Penerangannya, Shahrulufti Sharif berkata, pemimpin DAP itu wajar berbuat demikian jika beliau ada maruah.

“Sebelum ini, beliau lantang bercakap salah guna kuasa, rasuah dan prinsip integriti. Kalau ada maruah, dia patut letak jawatan segera dan bersama suaminya mengurus perniagaan.

“Agak pelik ketika ini DAP masih berdiam diri dengan isu ini. Apakah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sudah bisu dan takut kepada Hannah?,” soal beliau dalam kenyataannya, hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri Madani, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi kenyataan sambil lalu ibarat lepas batok di tangga.

Katanya, janji tatakelola untuk menjadikan kerajaan Madani bersih dari kronisme terus dinodai.

“Sememangnya janji PMX semuanya menjadi bohong. PMX sudah buruk siku dengan rakyat. Setidak-tidak dia perlu mengarahkan Hannah Yeoh bercuti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarah menyiasat kes itu secara terperinci.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sudah pun berbudi dengan kerajaan Madani kerana kontraknya disambung setahun lagi. Pasti beliau akan mengikut arahan tegas sama ada siasat atau no further action (NFA),” tegasnya.

Shahrulufti berkata, siasatan perlu dilakukan untuk memahami bagaimana kontrak itu diberikan secara runding terus dan siapa yang memberikan arahan.

Ini katanya, bukan hanya perkara Menteri di Kerajaan Persekutuan atau projek di Selangor.

“Jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengarahkan, dia juga perlu mempertimbangkan meletak jawatan kerana melanggar tatakelola PMX.

“Kumpulan yang memperkosa prinsip tatakelola PMX wajib diambil tindakan oleh Anwar, bukan cakap lain buat lain,” katanya.

Mengenai komitmen terhadap ketelusan, katanya, Anwar perlu lebih daripada sekadar bercakap tentang pengurusan telus dan bersih.

“Janji untuk tidak ada runding terus dan semua tender terbuka wajib ditepati. Jangan jadi janji hari ini menang, esok minyak turun. Jadilah jenis bunyi guruh, tapi hujan tidak turun.

“Sebagai bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen, Hannah Yeoh jadilah manusia yang bermaruah dengan meletakkan jawatan.

“Sepatutnya beliau menasihat suaminya jangan terima atau minta projek secara runding terus jika beliau menteri berintegriti,” katanya. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *