BERITA UTAMA

Hamas lancar serangan roket di kawasan Tel Aviv

HAMAS telah melancarkan serangan roket di kawasan Tel Aviv di tengah Israel buat kali pertama dalam tempoh hampir empat bulan.

Sekurang-kurangnya lapan roket dilancarkan dari kawasan Rafah di selatan Gaza, kata tentera Israel, sambil menambah ada beberapa yang telah dipintas.

Menurut laporan Al Jazeera dan BBC, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera Israel sedang menjalankan operasi ketenteraan dan kekejaman di Rafah.

Siren roket dibunyikan di bandar dan pekan lain, termasuk Herzliya dan Petah Tikva.

Media Israel menyiarkan rakaman serpihan peluru berpandu di taman sebuah bangunan di Herzliya.

Sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam mengaku melancarkan serangan peluru berpandu “besar” ke atas Tel Aviv di saluran Telegramnya.

Tel Aviv, pusat ekonomi Israel, adalah bandar terbesar di negara itu.

Serangan roket itu berlaku ketika tentera Israel mempergiatkan serangannya ke atas Rafah, walaupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa minggu ini bahawa ia mesti menghentikan serangannya di seluruh Gaza serta-merta.

Perang antara Israel dan Hamas tercetus sejak 7 Oktober lalu, di mana sekurang-kurangnya 35,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang sejak itu, menurut kementerian kesihatan Hamas Gaza.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *