BERITA UTAMA

Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena

SUNGAI PETANI – Seorang maut, seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Jalan Sidam Kiri, di sini semalam.

Mangsa yang maut seorang wanita berusia 40-an.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.11 malam berhubung kejadian.

Katanya, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota BBP Tikam Batu dengan bantuan BBP Amanjaya.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati ada dua mangsa perempuan dilaporkan tersepit.

“Seorang mangsa berusia 40-an dilaporkan telah meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian muka,” katanya.

Kata beliau, setakat ini, identiti mangsa terlibat belum dikenal pasti.

Mangsa cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut dan yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

“Kerja pembersihan sisa kemalangan turut dilakukan anggota di lokasi kejadian,” katanya. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *