BERITA UTAMA

Ugut bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu

KUALA LUMPUR – Dua individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.

“Kita telah merakam keterangan dua saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan polis menerima laporan berhubung perkara itu jam 9 malam.

Hasil siasatan awal polis mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *