Gunung Semeru meletus lima kali

LUMAJANG, JAWA TIMUR – Gunung Semeru di Jawa Timur meletus lima kali kelmarin dengan gunung berapi itu mengeluarkan abu setinggi 900 meter di atas puncaknya.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Liswanto, berkata kelihatan abu berwarna putih hingga kelabu bergerak dengan intensiti sederhana ke arah barat daya.

Menurutnya, gunung berapi itu masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga (Tahap III).

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) menggesa penduduk mengelak daripada melakukan aktiviti di bahagian tenggara gunung berapi di sepanjang Sungai Besuk Kobokan sehingga jarak 13kilometer dari puncaknya.

Portal berita ANTARA melaporkan penduduk juga diminta tidak melakukan aktiviti dalam radius 500meter dari tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan.

Penduduk juga dilarang melakukan aktiviti dalam lingkungan radius lima kilometer dari kawah atau puncak Gunung Semeru kerana risiko kecederaan akibat batu yang dikeluarkan oleh gunung berapi.

Mereka diminta terus berwaspada terhadap potensi awan panas dan runtuhan lahar di sepanjang aliran sungai atau lembah dari puncak Gunung Semeru, khususnya di sepanjang Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar, dan Besuk Sat.

Mereka juga diminta berhati-hati dengan potensi lahar di sungai kecil yang merupakan anak sungai Besuk Kobokan. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *