BERITA UTAMA

Ning dikecam tak tahu ‘Rafah’

KUALA LUMPUR – Selepas kontroversi nama artis tempatan disenaraikan dalam gerakan Blackout 2024, penyanyi Ning Baizura dikecam hebat apabila seolah-olah tidak mengetahui mengenai ‘Rafah’.

Ning menerusi sesi langsung dalam Instagram membaca komen bertulis All eyes on Rafah (semua perhatian pada Rafah), lalu bertanya ‘Siapa Rafah’?

Bagaimanapun, selepas tersedar akan kesilapannya itu, pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu segera menukar ke topik lain.

Gara-gara sikap tidak peka penyanyi itu dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, penyanyi berusia 48 tahun itu menerima kecaman hebat oleh pengguna di platform X sebelum video berkenaan mula tular di medium media sosial lain.

Salah seorang netizen mengakui malu dengan sikap penyanyi itu.

Ning dituduh tidak peka dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin.

“Malu dekat bangsa lain. Di luar negara ada yang sanggup berjuang lawan, bagi sokongan untuk Palestin, kau yang Islam Melayu macam ini?

“Tak tahulah nak cakap apa. Lantaklah, urban sangatkan,” tulis seorang pengguna X yang kecewa.

Sementara itu, salah seorang pengguna pula mempersoalkan apa yang dilihat oleh penyanyi itu media sosial seperti TikTok sehingga langsung tidak ambil tahu keadaan semasa.

“Dia buka TikTok keluar apa je? Padahal FYP TikTok penuh pasal Palestin,” kata seorang lagi pengguna.

Sehingga kini, video penyanyi itu sudah dikongsi lebih 5,000 kali.

Ning dilihat susah mengehadkan ruangan komen hantaran dalam Instagram selepas dihujani kecaman hebat. – BH News

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *