BERITA UTAMA

Empat sesi mengadap bersama Yang di-Pertuan Agong

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap tiga Menteri Kabinet serta Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Istana Negara, hari ini.

Jadual Seri Paduka Baginda bermula dengan pertemuan bersama Pengerusi LLM, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dan Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir. Sazali Harun.

Ia diikuti pertemuan rombongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang diketuai Menteri, Chang Lih Kang.

Seterusnya Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Azmi Abu Kassim.

Pertemuan terakhir bagi hari ini adalah bersama rombongan Kementerian Digital yang diketuai Menteri, Gobind Singh Deo. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *