BERITA UTAMA

MKT UMNO komitmen bantu calon perpaduan di PRK KKB

KUALA LUMPUR – UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon kerajaan perpaduan yang diwakili parti Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti semalam, yang turut mencapai beberapa ketetapan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, parti itu akan menggerakkan jentera Bahagian dari seluruh Selangor dan negeri diterajui Barisan Nasional (BN) untuk membantunya.

“Dalam mesyuarat itu juga, UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember ini.

“Ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau, UMNO akan menyambut ulang tahun parti ke-78 pada 11 Mei ini yang akan diadakan serentak di seluruh negara melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri.

Ujarnya lagi, ibu pejabat UMNO Malaysia bersama Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yaasin dan doa selamat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC, Kuala Lumpur. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *