SHAH ALAM – Menteri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama beberapa Exco Kerajaan Negeri bakal membuat penampilan dalam telefilem “Ayah Panggil Balik” yang ditayangkan malam esok (19 April – Jumaat).
Amirudin memegang watak penting sebagai Tuan Kamil, di samping beberapa pelakon terkenal seperti Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud dan Syafie Naswip.
Selain konflik keluarga, drama yang ditayangkan di saluran TV2 pada jam 9 malam itu turut menyelitkan skim Iltizam Selangor Penyayang (ISP) untuk manfaat rakyat dan menekankan perpaduan serta keharmonian.
Antara Exco yang turut tampil pada tayangan khas Aidilfitri itu ialah Borhan Aman Shah, Datuk Ng Suee Lim dan V Papparaidu.
Telefilem yang menjalani penggambaran sekitar Kuala Langat dan Shah Alam itu turut mempromosi Inisiatif Roda Darul Ehsan, Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor serta bantuan perumahan.
“Ayah Panggil Balik” mengisahkan konflik dihadapi keluarga Cikgu Zainal (Zaidi Omar) hingga terpaksa menghalau dua anaknya Fendi dan Husna (Syafie dan Amira Drummer) dari kampung.
Bagaimanapun, kehadiran Tuan Kamil membantu dua beradik itu hingga berjaya hidup di bandar, sekali gus merapatkan kembali silaturahim. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!