BERITA UTAMA
Gesaan TMJ mahu Johor dilayan setaraf Sabah,Sarawak ada asas – Hassan Karim

Hassan tawar diri sebagai peguam Dr. Akmal jika didakwa bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Ramai berpandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh tidak wajar disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Karim turut berpandangan sedemikian kerana dua akta itu bersifat kuku besi dan sering disebut sebagai zalim.

Jelas beliau, Pakatan Harapan (PH) pernah berjanji dalam manifesto pilihan raya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang zalim dan meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang terlalu luas, kabur dan terbuka untuk disalahgunakan.

Katanya, Dr. Akmal sewajarnya disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang lebih adil dan berpatutan. Yang berkait dengan kesalahan kerana mungkin menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan dalam masyarakat, menimbulkan kebencian atau membangkitkan sebab kepada orang lain melakukan keganasan.

“Kita mungkin tidak setuju atau tidak sependapat dengan pandangan yang dikemukakan oleh Dr Akmal, tetapi hak beliau untuk bersuara dan menyatakan dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.

“Oleh kerana saya secara peribadi pernah disiasat, dituduh dan dibicarakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan mengetahui betapa zalimnya Akta Hasutan tersebut, maka sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen yang mahu melihat akta ini dimansuhkan di Malaysia merdeka ini, saya dengan suci hati dan ikhlas menawarkan diri jika Dr. Akmal sudi dan bersetuju untuk menerima tawaran ikhlas saya sebagai salah seorang peguambela dalam pasukan guamannya jika sekiranya beliau pada akhirnya tetap akan dituduh di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *